BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 5, 2011

MENCARI PANTAI PERANGINAN DI MELAKA?? CHALET PENGKALAN BALAK.. HUBUNGI KAMI..

Untuk sebarang tempahan penginapan di resort kami sila berhubung di talian  012  - 6248567. ( chalet pengkalan balak melaka area )
Atau whatapps sebarang pertanyaan di :
012 - 624 8567 ( whatapps )

RESORT PENGKALAN BALAK, MELAKA.

Restu Resort adalah merupakan destinasi pelancongan yang dibina dengan berkonsepkan rumah Melayu Melaka ala kampung yang menghadap ke Perairan Selat Melaka. Pantai Pengkalan Balak yang damai ini adalah merupakan kesinambungan  Pantai Tanjung  Bidara, Pantai Telok Gong  serta Pantai Puteri yang dulu lebih dikenali sebagai Pantai Klebang.
Pantai Pengkalan Balak ini juga terkenal sebagai salah satu tempat pendaratan Penyu Karah selain dari Pulau Redang di Terengganu dan Pulau Gulisaan di Sabah. Di samping itu, jika bernasib baik pengunjung juga boleh dapat melihat sekawan ikan lumba-lumba sedang keriangan melonjak di permukaan air di pantai ini. 
Pengunjung juga boleh melawat Pusat Penetasan Penyu, Jabatan Perikanan Malaysia, Pusat Perahu Layar Hang Jebat dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak serta Balai Cerap Robotik di dalam satu kawasan. Semua destinasi tersebut begitu hampir dengan resort ini.
Di kala malam para pengunjung boleh menikmati pemandangan terus ke Rumah Api Tanjung Tuan di Port Dickson, Negeri Sembilan selain deretan kapal-kapal persiaran serta perdagangan yang menggunakan laluan Selat Melaka dari arah resort ini. 
Para pengunjung juga boleh menjamu selera pada sebelah malamnya dengan menu popular negeri Melaka antaranya iaitu Asam Pedas serta pelbagai jenis ikan bersama minuman ringan Lonchan di Medan Ikan Bakar Pantai Padang Kemunting, Medan Ikan Bakar Fort Supai, Kuala Linggi, Kompleks Ikan Bakar Persatuan Nelayan dan Medan Ikan Bakar Terapung Kuala Sg Baru yang terdapat di sepanjang persisiran pantai di sini.
Restu Resort juga turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti kedai cenderahati, karaoke, perkhidmatan top up e-reload, kemudahan rekreasi sukan air dan sebagainya untuk keselesaan para pengunjung.
Resort ini juga berhampiran dengan Institut Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Kolej Universiti Islam Melaka, Akademi Laut Malaysia (ALAM), Kolej Risda, Kolej Matrikulasi Melaka (KMM), Londang, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), ADTEC, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah (KKTM), Nasional Institute of Occupational Safety And Health (NIOSH) Southern Region (MELAKA) dan banyak lagi.